Rabu, 30 Juli 2008

MEMBINA IMEJ DIRI YANG POSITIF

PENGENALAN

Langkah pertama untuk mengemudikan kehidupan kita adalah dengan mengenali diri. Siapakah diri kita, apakah kekuatan dan kelemahan yang kita miliki, apakah potensi dan halangan-halangan yang kita hadapi .


Ianya selaras pandangan yang diberikan oleh Socrates, ahli falsafah Yunan yang menegaskan bahawa langkah pertama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan adalah dengan mengenal diri.


Bagaimanapun apa yang kita fikirkan tentang diri kita adalah perkara yang lebih utama. Pandangan kita mengenai diri kita iaitu imej diri yang kita miliki dan paparkan mempengaruhi pandangan kita mengenai persekitaran, hubungan dengan orang di sekeliling dan cara mana kita mengendalikan masalah.


MEMBINA IMEJ DIRI YANG POSITIF

Membina imej diri yang positif adalah kunci bagi kita membina kebahagiaan hidup. Bila kita ada perasaan selesa dengan diri kita, orang yang di sekeliling juga akan rasa selesa dengan diri kita. Sebaliknya pula bila kita membenci diri kita, kita turut membenci orang yang di sekeliling kita. Bagaimana agaknya riaksi orang yang disekeliling kita bila kita dalam keadaan begitu ?


Cuba bayangkan , jika kita memandang diri kita sebagai orang yang tidak berguna, hanya menjadi beban kepada orang lain, ibarat melukut di tepi gantang yang hadirnya tidak memberi makna. Keadaan-keadaan ini sudah barang tentu menimbulkan rasa rendah diri bagi empunya diri apatah lagi ianya seolah memberikan peluang kepada orang di sekeliling untuk turut memandang rendah dan mengambil kesempatan pada diri kita. Sukakah kita untuk terus berada dalam keadaan begini ?


Cuba bayangkan lagi, jika kita berterusan dalam keadaan begitu, apakah akhirnya yang akan berlaku pada diri kita ? Jika kita sebagai seorang pelajar yang berterusan merasa rendah diri, mempercayai diri sering lemah dan tidak berkeupayaan, apakah kita berupaya mengikuti pembelajaran kita dengan baik apatah lagi memperolehi pencapaian yang cemerlang ?


Begitu juga bayangkan jika kita adalah seorang staf di sebuah organisasi apakah sumbangan yang mampu kita berikan pada diri sendiri selain mendapat gaji tetap secara bulanan, jika sering meletakkan diri sebagai lambat memahami arahan, tidak berkeupayaan melakukan tugasan yang diberikan ketua. Bagaimana agaknya nanti hubungan dengan rakan-rakan sekerja, hubungan dengan majikan dan paling utama keyakinan kita pada diri sendiri.


Jelasnya membina imej diri yang positif adalah penting kerana ianya memberikan keyakinan pada diri seterusnya kepada orang di sekeliling.


BEBERAPA CONTOH IMEJ DIRI YANG NEGATIF

>>> Rendah diri

>>> Terlalu cemburu

>>> Bercakap perkara negatif tentang diri

>>> Tidak mahu memberi dan menerima penghargaan

>>> Terlalu banyak mengkritik orang lain

>>> Tidak berkebolehan menerima dan meraikan kegembiraan

>>> Sering membandingkan diri dengan orang lain (pandang rendah)
patut dicoba

Tidak ada komentar: